Lelaki di India 'puja' Donald Trump
NEW DELHI - Seorang penduduk kampung di India menjadi tular selepas dia ‘memuja’ Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti Tuhan.
Bussa Krishna, 31, yang tinggal di kampung Konney di Telangana itu juga sanggup menghabiskan kira-kira AS$2,000 (RM8,308) untuk patung jutawan hartanah tersebut.
“Saya bina patung itu dengan duit sendiri. Saya beritahu semua orang bahawa saya sangat menyukai Trump. Saya juga beritahu ibu bapa saya yang saya mahu mati sebagai peminat setia Trump. Mereka setuju dan menyokong saya,” kata Krishna.
Tindakannya yang terlalu obses dengan Trump menerima pelbagai respons kebanyakan pengguna media sosial malah ada yang turut pihak mempersoalkan tahap kesihatan mental lelaki tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!