'Paris Hilton' imbau kembali kisah cinta
PASANGAN yang pernah mencuri tumpuan sebelum ini, Karna Radheya atau nama sebenarnya Nur Khamid dari Bali, Indonesia gara-gara menikahi seorang wanita persis Paris Hilton, Polly Alexandria Robinson, 22, dari Manchester kembali menjadi tumpuan.
Ini kerana Polly telah berkongsi gambar-gambar terbaharu mereka di Instagram (IG) miliknya setelah pulang berjumpa dengan suaminya di Bali bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan kini mereka masih bercuti.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan itu, mereka berdua juga turut bercuti ke Malaysia termasuk melawat Menara Berkembar Petronas (KLCC), Batu Caves dan pelbagai tempat lagi.
Melalui perkongsian itu, Polly turut mengimbau kembali pertemuan dengan suaminya itu.
"Saya sama sekali tidak mencari apa-apa ketika bertemu dengan kamu. Sebenarnya, saya tidak merancang untuk jatuh cinta pada siapa pun secepat ini. Tapi kemudian aku bertemu denganmu. Dan begitulah... Saya rasa perkara yang berlaku. (I wasn’t looking for anything at all when I met you. Actually, I wasn’t planning on falling for anyone so soon. But then I met you. And that was it... I guess things just happened).
"Saya bertemu kamu dan saya perlahan-lahan ingin menghabiskan waktu bersama. Sederhana saja. Itu mudah. Dan saya fikir itulah awal mulanya hubungan terbaik. Kamu tidak mencari apa pun dan tiba-tiba sedar; kamu punya sesuatu #ourstory #instalove (I found you and I found myself slowly wanting to spend time with you. It was simple. It was easy. And I think that’s how the best relationships begin. You’re not looking for anything and then suddenly you realise; you have something)," tulis Polly di Instagram miliknya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet.
"Saya berasa gembira melihat kebahagian anda berdua, semoga akan berterusan dan membuktikan bahawa cinta tidak mengenal status, jarak, warna kulit dan segalanya. Saya ingin menyaksikan bahawa cinta yang anda tunjuk lebih hebat dari kisah Romeo dan Juliet," tulis mo.santoso.
"Saya berharap (kamu berdua) bahagia bersama selamanya," tulis evirisbayanti.
"Cepatlah kamu berdua dapat 'baby'," tulis vie_ion pula. Pernikahan pasangan itu tular di media sosial setelah rakaman berdurasi 13 saat memaparkan pernikahan mereka di Jawa Tengah pada 16 Disember lalu telah dimuat naik di Facebook Eris Riswandi meraih 758,950 tontonan.
Menerusi video itu, perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana dan Polly telah memeluk Islam enam bulan sebelum mereka bernikah.
Namun, tidak sampai sebulan bernikah, tiba-tiba sahaja gadis itu meninggalkan Bali dan juga Nur Khamid dan kembali Manchester.
Bagaimanapun bukan kerana rasa cinta sudah berkurang, sebaliknya demi menyambung kembali pengajiannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi pelajaran, Polly tinggalkan suami di Bali
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!