Hamzah fokus dua projek

Hamzah (berdiri, dua kiri) berkesempatan bermesra dengan kesemua penduduk DUN Selama yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pihaknya di Dewan MDS, Sungai Bayor hari ini.
Hamzah (berdiri, dua kiri) berkesempatan bermesra dengan kesemua penduduk DUN Selama yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pihaknya di Dewan MDS, Sungai Bayor hari ini.
A
A
A

SELAMA - Projek pembinaan Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini dan Jalan Anak Kurau-Kamunting merupakan dua fokus utama Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk disempurnakan sepanjang lima penggal perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Hamzah yang merupakan bekas Menteri Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat dan menteri, terdapat banyak limpahan pembangunan dibawa pihaknya untuk memacu pembangunan penduduk Larut dan menjana ekonomi setempat.

Menurutnya, pihaknya bersyukur pembinaan jalan Anak Kurau ke Kamunting dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) bernilai RM200 juta akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) meskipun sebelum ini sedikit tergendala susulan penukaran pentadbiran kerajaan negeri dan pusat.

"Ini menunjukkan semua perancangan pembangunan yang tergendala walaupun bertukar kerajaan tidak bermakna pembangunan itu tidak akan diteruskan.

"Kita akan tentukan projek yang menambah baik untuk kepentingan pembangunan rakyat kita akan teruskan," katanya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama(MDS) di Sungai Bayor, di sini hari ini.

Hamzah (kiri) turut membantu tetamu yang hadir mengambil pelbagai juadah raya disediakan pihaknya hari ini.
Hamzah (kiri) turut membantu tetamu yang hadir mengambil pelbagai juadah raya disediakan pihaknya hari ini.

Hamzah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dibuat pihaknya di luar kebiasaan di kawasan kampung berbanding dengan di kawasan bandar supaya penduduk kampung dapat merasai kemesraan sambutan.

Menurutnya, sambutan ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa ada jurang perbezaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang baru menyertai Bersatu menegaskan dia tidak berminat dan tidak akan bertanding bagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu susulan jangkaan penganjuran pemilihan kepimpinan Bersatu September ini.

Sebaliknya, Hamzah meminta semua ahli Bersatu bahagian Larut terus memberikan sokongan kepada ketuanya yang juga Penyelaras DUN Selama, Datuk Khairil Anuar Akhiruddin dan bekerjasama dalam menjayakan segala perancangan direncana kepimpinan parti.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan fasa 2 projek Jalan Anak Kurau-Kamunting sepanjang 6.4 Kilometer yang menelan kos kira-kira RM91 juta sepatutnya akan mula dilaksanakan pada awal lalu setelah menjalani proses pemberian tender.

Bagaimanapun, projek yang memberi kepentingan kepada penduduk Batu Kurau kerana menawarkan akses ke Kamunting dengan jarak lebih dekat tergendala seketika susulan kerajaan BN tewas pada PRU14 dan diambil alih kerajaan PH.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!