'Ainul sekarang dah panjang akal...'

Ainul Mardhiah
Ainul Mardhiah
A
A
A

LONDON - Kisah perjalanan bayi istimewa, Ainul Mardhiah tidak pernah menjemukan seluruh hati rakyat Malaysia.

Bahkan boleh dikatakan setiap hari, ramai yang menantikan perkembangan serta khabar terbaharu Ainul yang akan dikongsikan kedua ibu bapanya melalui media sosial Facebook dan Instagram.

Terbaharu, bapanya, Ahmad Safiuddin berkongsi keletah puteri sulungnya itu yang dikatakan semakin hari semakin bijak.

"Ainul sekarang sudah panjang akal. Dia dah tak reti nak tidur, kerja dia main tangan. Cukup marah kalau tangan kena balut," katanya di Facebook, hari ini.

Seperti biasa, perkongsian ini telah mendapat perhatian warga net dan rata-rata mereka tidak melepaskan peluang mendoakan kesihatan Ainul.

"Alhamdulillah...Ainul anak yang bijak, biar Ainul rasa nikmat betapa sedapnya masuk jari dalam mulut..sebelum ini keadaan Ainul tidak mengizinkan. Sekarang Ainul sudah sihat dan semakin cerdik. Semoga Ainul sentiasa sihat ya sayang," tulis Batrisya Qaleesya.

"ALLAH maha besar..syukur dengar kesihatan Ainul bertambah baik. Walaupun akak tak kenal pun Ainul, tapi rasa macam Ainul anak sendiri. Semoga Ainul diberikan kesembuhan sepenuhnya, begitu juga dengan kesihatan kedua ibu bapa Ainul," kongsi Rosniza Bakar.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital, di sini.

Artikel Berkaitan:

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!