Desak PM lucut jawatan Waytha Moorthy

Adillah
Adillah
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didesak mendengar suara dan sentimen rakyat Malaysia yang mahu jawatan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Senator dilucutkan serta merta.

Naib Presiden Kelab LLLM Malaysia, Adillah Jamaludin berkata, peluang telah diberi kepada Waytha Moorty yang telah banyak menimbulkan keretakan dan juga perselisihan kaum sebelum dilantik sebagai menteri.

Ujarnya, desakan tersebut bukan bersifat perkauman mahupun dipolitikkan, sebaliknya, adalah untuk mencari titik pertemuan bagi menegakkan dan menuntut keadilan.

"Peluang diberikan untuk beliau memulihkan diri dan memperbaiki keadaan semua kaum untuk kembali harmoni dan bersatu.

"Namun, jelas sekali, peluang yang diberi ini gagal digunakan tetapi sebaliknya menteri ini telah menimbulkan dan menjanakan isu-isu yang memecah-belahkan kaum dengan tindakan serta keputusan beliau yang salah, bercanggah dan diragui,"ujarnya.

Tambah beliau insiden itu dengan tersendirinya tidak melayakkan beliau untuk berada dalam Kabinet dan terus memegang jawatan Menteri Perpaduan Kebangsaan dan Kesejahteraan Sosial kaum-kaum di Malaysia.

Tegas Adillah, insiden yang mengorbankan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab dan kegagalan Waytha Moorthy untuk turun padang meredakan situasi dan menangani isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, sehingga menjadi tidak terkawal.

"Hakikatnya, Waytha Moorthy telah gagal sebagai Menteri yang diamanahkan untuk menjaga, menghormati dan mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Artikel Berkaitan:

"Beliau telah mengeluarkan kenyataan dan bertindak sendiri yang langsung tidak menggambarkan beliau sebagai warga Malaysia dan sebagai menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan betapa pentingnya keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat negara kita yang tercinta ini," katanya ketika ditemui pada Himpunan Justice For Adib di sini hari ini.

Pada masa yang sama Adillah mewakili NGO tersebut menggesa supaya, penyerang-penyerang dan pembunuh Allahyarham Muhammad Adib diberkas dan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum dengan setimpalnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!