Bumbung rumah penduduk diterbang ribut

Munah menunjukkan serpihan siling yang pecah selepas bumbung rumahnya musnah diterbangkan ribut pagi tadi.
Munah menunjukkan serpihan siling yang pecah selepas bumbung rumahnya musnah diterbangkan ribut pagi tadi.
A
A
A

MUAR - Lebih 50 buah rumah dianggarkan terjejas di sekitar bandar ini akibat angin ribut yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, kesemua mangsa mendakwa ribut teruk berlaku selama hampir 10 minit menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan.

Antara lokasi terjejas adalah Jalan Sulaiman, Jalan Bentayan, Jalan Daud, Jalan Meriam termasuklah sekitar Tanjung Emas.

Seorang mangsa yang menetap di Jalan Meriam, Munah Nasir, 83 berkata, ketika kejadian, dia yang sedang menunaikan solat Subuh terkejut sebelum menggigil ketakutan.

“Masa tu makcik sedang solat dan tiba-tiba didatangi ribut kuat sehingga menyebabkan bumbung rumah terbang. Makcik yang terkejut dengan kejadian berlindung di suatu sudut sebelum didatangi oleh anak yang menghuni di kediaman sebelah.

“Anak (Jamaludin Hussein, 59) terus menutup suis pendawaian utama. Masa tu bumbung di seluruh bahagian rumah termasuk rumah anak rosak menyebabkan peralatan basah kerana dimasuki air,” katanya kepada Sinar Harian.

Pagar di sebuah tokong terbang gara-gara angin ribut pagi tadi.
Pagar di sebuah tokong terbang gara-gara angin ribut pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ADUN Bentayan, Ng Yok Howe berkata, lebih 30 buah rumah dilaporkan rosak di kawasannya.

Katanya, beberapa penghuni mengalami kerosakan di bahagian kediaman masing-masing selain tempat letak kenderaan juga musnah.

“Selain itu, ada pagar rumah yang tercabut dan pokok tumbang. Saya telah arahkan semua ketua kampung di bawah DUN Bentayan untuk bersedia memberikan perlindungan di surau buat sementara waktu jika rumah mereka tidak selamat didiami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!