Enam usul diterima tanpa bahas

Nasrudin Hassan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Nasrudin Hassan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - Enam usul telah diterima tanpa bahas daripada sembilan usul oleh perwakilan di Muktamar Tahunan Pas ke-65.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, usul tersebut meliputi tiga usul politik, satu usul pendidikan dan dua usul ekonomi.

Usul politik yang diterima tanpa bahas ialah mempertahankan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu agar terus mempertahan dan meninggikan agama Islam.

Selain itu, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat skandal mega di Pulau Pinang dan mengawal dana luar negara untuk parti politik.

Usul pendidikan pula ialah mendesak mengembalikan peruntukan asal oleh Kementerian Pendidikan.

Manakala, usul ekonomi menyentuh perkara memelihara Tabung Haji dan pelantikan ahli lembaga pengarah di sesebuah organisasi Islam di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sementara tiga usul lain, diterima untuk dibahas iaitu usul agama, politik dan antarabangsa.

Usul agama melibatkan isu penghinaan kepada Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan:

Usul politik ialah memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan UMNO.

Usul antarabangsa yang dibahaskan ialah memperjuangkan nasib dan hak umat Islam sejagat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!