1MDB: Wang adalah milik rakyat

Amiruddin menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis rumah terbukanya di sini hari ini.
Amiruddin menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis rumah terbukanya di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Kewangan menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan melucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, walaupun nilainya tidak sebesar mana, namun wang berkenaan adalah milik rakyat.

Katanya, tindakan menyalahgunakan wang rakyat secara sedemikian menjadi punca utama mengapa agenda membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

"Wang berkenaan adalah milik rakyat jadi pihak kementerian berharap ia dapat dikembalikan supaya kerajaan boleh menggunakannya untuk disalurkan demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbukanya yang juga merangkap ADUN Anak Bukit di Keriang Hill di sini hari ini.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menjelaskan agensi terlibat telah mengenal pasti 41 individu dan entiti tempatan yang terbabit dalam transaksi 1MDB.

Tegas Latheefa transaksi paling tinggi adalah melibatkan parti UMNO iaitu sebanyak RM212 juta di mana turut melibatkan satu akaun milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!