Azharina buat persembahan, sidang media di ketinggian 38,000 kaki
PENYANYI terkenal, Azharina Azhar telah mencipta sejarah tersendiri apabila mengadakan sidang akhbar pada ketinggian 38,000 kaki.
Kelainan itu di buat oleh selebriti yang berasal dari negeri di bawah bayu itu bagi mempromosikan konsetnya Azharina: Queen Of Soul yang akan berlangsung 29 Jun ini di Teater Shah Alam.
Acara istimewa itu telah dibuat di dalam pesawat Air Asia penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, semalam.
Selain mengadakan sidang akhbar, Juara Gegar Vaganza 3 itu juga turut mempersembahkan dua buah lagu iaitu Elegi Sepi dan sebuah lagu Inggeris berjudul What’s Up nyanyian 4 Non Blondes dengan iringan petikan gitar oleh Korie.
Konsert Azharina: Queen Of Soul anjuran Atlas One Events, Azharina Entertainment dan Kelab Rekreasi & Kebajikan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) mendapat kerjasama dari Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT) Negeri Selangor dan Felda United Football Club (The Fighters).
Konsert yang bertemakan anti dadah ini bukanlah hiburan semata mata tetapi juga akan disampaikan mesej tentang bahayanya dadah kepada masyarakat terutama golongan belia.
Pada konsert itu nanti, Azharina akan diiringi oleh pemuzik serta penari penari profesional dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Kelab Sukan & Rekreasi (KSDK) MBPJ dan menyampaikan lagu-lagu hitsnya seperti Elegi Sepi, Rawan, Sekian Terima Kasih, Cinta Terbagi Dua dan banyak lagi termasuk secara medley.
Dianggarkan kurang dari 100 tiket sahaja yang tinggal dan hanya seminggu sahaja lagi sebelum berlangsungnya konsert tersebut. Untuk mendapatkan tiket Concert Azharina Queen of Soul, para peminat boleh layari www.proticket.com.my atau melalui Whatsapp di 0107616844.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!