Suami Nadya Syahera nafi curang
SUAMI kepada pelakon Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi mengakui tidak pulang ke rumah selama sebulan sepanjang bulan Ramadan lalu.
Menurut Fizul, kesibukannya berniaga di tiga buah negeri iaitu Selangor, Kelantan dan Terengganu serta jadual padat membuatkan dia tidak berkesempatan meluangkan lebih masa bersama keluarga.
"Okay isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di tiga negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.
"Memang tak sempat nak balik sebab terlalu busy. Siang berniaga di bazar Ramadan, malam berniaga pulak di Starvillion Gong Badak, memang tak sempat nak balik.
"Siap-siap kemas pun jam 4 pagi malam Raya," jelasnya menerusi Instagram.
Malah menerusi ruangan komen, Fizul memberitahu ada pulang dua hari ke rumah mereka dan turut mengajak Nadya tinggal bersamanya.
"Dalam sebulan saya ada balik dua hari dan saya ajak dia pergi sana tinggal dengan saya tapi dia datang kejap je tak larat ikut cara saya, tidur pun kejap je," katanya.
Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata ini, dia berharap pihak yang tidak tahu cerita, tidak membuat sebarang ulasan.
"Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja dan kami tak gaduh pun. Tapi bila dah viral, jujur aku jadi serabut.
"Ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. Hingga melibatkan family memang aku jadi tak tentu arah. Memang serabut.
"Doa baik-baik. Saya sayang keluarga terutama anak-anak," katanya.
Sebelum ini, Nadya dalam satu temu bual memberitahu rumah tangga bersama suaminya sedang berantakan kerana Fizul bertindak curang.
Menurut Nadya, suaminya itu telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan, yang juga adik kepada seorang pengasas produk kosmetik popular sehingga tidak pulang ke rumah selama sebulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!