Dr Mahathir hadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34
BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha.
Dalam sesi itu, para pemimpin negara anggota ASEAN membincangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu "Memperkukuhkan Kerjasama bagi Kelestarian”, termasuk kaedah untuk membina Komuniti ASEAN yang kukuh, berpaksikan rakyat, memastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang.
Terdahulu, Dr Mahathir mengambil bahagian dalam perjumpaan bersemuka dengan wakil daripada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Belia ASEAN dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).
Malam ini, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali majlis jamuan gala yang dianjurkan oleh Prayuth bagi pemimpin ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!