Pemuda Pas sambut baik kerjasama Pas-UMNO
KUANTAN - Pemuda Pas menyambut baik pendirian kepimpinan Pas mahu menjalinkan kerjasama bersama UMNO.
Exco Pemuda Pas, Roslan Md Esa berkata, pihaknya sentiasa bersedia jika gabungan itu menjadi kenyataan demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu tanpa mengabaikan kebajikan kaum lain di negara ini.
“Ini juga merupakan isyarat jelas yang saya rasa semua mata sedang melihat dan memerhati apa yang dilakukan oleh Pas dan UMNO.
“Masing-masing kini tertunggu-tunggu apakah langkah seterusnya yang kami akan lakukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!