Gempa bumi berskala 5.1 di Sichuan China
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dicatatkan berhampiran Sinchuan, China pada pukul 10.30 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak 226km Barat Daya dari Chongqing, China dengan kedalaman 100km.
Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!