Muhammad Khalil ungguli senarai AJK Pas Pusat
KUANTAN - Muhammad Khalil Abdul Hadi mengungguli senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2019-2021 dalam pemilihan parti tahun ini.
Beliau yang merupakan muka baharu bagi jawatan tersebut mendapat undi tertinggi sebanyak 956 undi.
Muhammad Khalil merupakan Ketua Pemuda Pas bagi penggal lalu sebelum membuat keputusan melepaskan jawatan itu.
Selain Muhammad Khalil, sebanyak 17 orang lagi turut dipilih ke jawatan AJK Pas Pusat menewaskan 12 calon lain.Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh sebentar tadi.
Katanya, sebanyak 1,230 perwakilan layak undi dan daripada jumlah itu sebanyak 1,136 telah mengundi.
Muka-muka baharu lain yang turut memenangi jawatan tersebut ialah Datuk Ar Iskandar Abdul Samad, Misbahul Munir Masduki dan Siti Zailah Mohd Yusoff.
Berikut ialah senarai penuh AJK Pas Pusat bagi sesi 2019-2021:
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. Dr Azman Ibrahim
3. Dr Halimah Ali
4. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
5. Dr Riduan Mohd Noor
6. Datuk Ar Iskandar Abdul Samad
7. Datuk Mohd Nassuruddin Daud
8. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
9. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
10. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
11. Dr Najihatussolehah Ahmad
12. Kamaruzzaman Mohamad
13. Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
14. Nasruddin Hassan
15. Siti Zailah Mohd Yusoff
16. Mokhtar Senik
17. Misbahul Munir Masduki
18. Sallehen Mukhyi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!