Bas RapidKL tersangkut pada pengadang jalan

Bas RapidKL tersangkut pada pengadang jalan di Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang, malam tadi.
Bas RapidKL tersangkut pada pengadang jalan di Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang, malam tadi.
A
A
A

SUBANG - Separuh badan bas RapidKL tersangkut pada pengadang jalan di Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), malam tadi.

Itu detik cemas dihadapi seorang pemandu bas RapidKL, Azman Aman,41 selepas bas dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Difahamkan dalam kejadian jam 12.30 malam tadi, bas berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam ke depoh Lembah Klang.

Sumber memaklumkan, masalah teknikal apabila aci pemacu (drive shaft) patah antara punca bas hilang kawalan.

Pihak berkuasa ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian.
Pihak berkuasa ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan tujuh anggota diketuai PBK II Jaafar Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota tiba jam 12.48 malam sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12. 34 malam.

"Bas berkenaan terbabas di bahu jalan. Pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada penumpang ketika kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bertindak membuat tinjauan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan agar tidak membahayakan pengguna lain," katanya.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!