Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Sebanyak tujuh rumah di Kampung Cenderamata Laut dekat sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kebakaran rumah kediaman pada pukul 9.09 pagi dan sepasukan 18 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah dengan keluasan keseluruhan kebakaran satu ekar.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.42 pagi dan operasi tamat pada jam 11.50 pagi," katanya.

Anddre, yang mengetuai operasi kebakaran itu, berkata tujuh keluarga dengan isi rumah seramai 54 orang terjejas akibat kebakaran itu.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Anddre berkata operasi itu turut dibantu oleh lapan anggota Bomba Sukarela Karamunting dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Perbandaran Sandakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!