KPDNHEP Batu Pahat kesan 15 kesalahan

Penguatkuasa KPDNHEP Batu Pahat sewaktu memeriksa premis perniagaan baru-baru ini.
Penguatkuasa KPDNHEP Batu Pahat sewaktu memeriksa premis perniagaan baru-baru ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Sebanyak 15 kesalahan dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Batu Pahat selepas memeriksa sebanyak 386 premis perniagaan sepanjang Ops Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Wahid Ahmad berkata, antara kesalahan yang dilakukan peniaga ialah tidak mempamerkan tanda harga khas warna merah jambu dan tiada tanda harga ke atas barang kawalan.

Menurutnya, kesemua kes melibatkan nilai rampasan bernilai RM850 dan kutipan nilai kompaun berjumlah RM1,500.

"Pemeriksaan dilakukan ke atas 24 jenis barang kawalan hari raya puasa dengan memfokuskan kepada penandaan tanda harga khas warna merah jambu, penandaan harga ke atas barangan dijual, menjual barang kawalan lebih daripada harga yang ditetapkan dan juga penggunaan alat timbang yang ditentusahkan.

"Sepanjang tempoh operasi bermula 21 Mei hingga 19 Jun lalu, secara keseluruhannya peniaga di daerah ini mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Wahid berkata, KPDNHEP Batu Pahat sekali lagi mengingatkan kepada peniaga-peniaga agar sentiasa mengamalkan perniagaan yang beretika dan tidak cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menjual barangan pada harga yang tidak munasabah atau peniaga bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, pihaknya juga akan meneruskan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!