Pelajar SMK Taman Nusa Damai pula sesak nafas

Para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai , Pasir Gudang yang mengalami sesak nafas diberi rawatan awal di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. - Foto Bernama
Para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai , Pasir Gudang yang mengalami sesak nafas diberi rawatan awal di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah lagi sekolah di Pasir Gudang di sini, dilaporkan turut mengalami insiden sesak nafas membabitkan pelajarnya, hari ini.

Sekolah terbaharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai hanya terletak kira-kira 5km dari Sekolah Agama Taman Mawar yang pertama sekali terjejas akibat insiden itu Khamis lalu.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati sekurang-kurangnya enam ambulans dari Hospital Sultan Ismail berada di perkarangan sekolah itu dipercayai untuk membawa keluar pelajar yang terjejas.

Sehingga kini, tiada pengesahan berapa jumlah pelajar terlibat namun difahamkan insiden berlaku ketika pembelajaran sesi pagi berlangsung.

Sebahagiannya mangsa sudah dibawa ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang dijadikan sebagai Bilik Operasi Gerakan Pemantauan kes terbabit untuk diberi rawatan awal.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menemu bual kakitangan dan guru terlibat tidak berjaya kerana media dilarang untuk memasuki perkarangan sekolah.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar yang dihubungi berkata beliau akan memaklumkan perkembangan kes ini kelak selepas pertemuan bersama pihak jawatankuasa kes tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!