Ketua tentera Habsyah ditembak mati
ADDIS ABABA - Ketua tentera Habsyah, Jeneral Seare Mekonnen ditembak mati di wilayah Amhara.
Perdana Menteri Abiy Ahmed mengesahkan kejadian menimpa Mekonnen menerusi siaran televisyen awam hari ini.
Semalam. kerajaan Habsyah memaklumkan terdapat cubaan rampasan kuasa di Amhara. "Jeneral Seare Mekonnen terbunuh ketika menghalang cubaan rampasan kuasa. Dia ditembak sekumpulan tentera upahan," kata Ahmed. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!