'Saya tak akan tinggal UMNO'

Rahimah
Rahimah
A
A
A

MACHANG - Saya tak akan tinggal Umno, demikian tegas Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mahamad bagi menjawab desas desus yang mengatakan beliau akan keluar parti.

Cakap-cakap kedai kopi tersebut mendakwa Rahimah akan menyertai parti Bersatu selepas tempoh senatornya tamat pada tahun hadapan.

Katanya, dakwaan liar tersebut hanya bertujuan menjatuhkan kredibiliti sebagai ketua wanita UMNO dan beliau menganggapnya sebagai asam garam dunia politik.

"Saya tak akan tinggalkan UMNO dan akan terus berjuang bersama-sama pimpinan yang ada bagi membangunkan kembali parti ini demi agama, bangsa dan negara.

"Perjuangan saya bukan kerana pangkat atau jawatan. Tidak timbul soal saya masih bergelar senator atau tidak, perjuangan saya jelas dan akan berpegang teguh kepada parti," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Selain Rahimah, suaminya, Datuk Ismail Mamat yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Machang turut terkena tempias tersebut apabila namanya disebut-sebut sebagai antara pimpinan tempatan yang akan menyertai Bersatu sebaik sahaja UMNO tumbang pada PRU14.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!