Ketua pertahanan AS letak jawatan
WASHINGTON - AMERIKA SYRAIKAT. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis meletak jawatan semalam, sebagai mengetuai bantahan selepas Presiden Donald Trump mengarahkan tentera AS pulang dari Syria dan Afghanistan.
Mattis berkata pandangan beliau sudah tidak sehaluan dengan Trump.
Tahun lalu, Mattis dan penasihat terkemuka tentera memujuk Trump untuk menempatkan beribu-ribu tentera baharu ke Afghanistan, disebabkan tindakan kejam Taliban yang semakin berleluasa.
Bagaimanapun, Trump ketika itu mengatakan hasrat beliau untuk membawa keluar tentera dari Afghanistan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!