Dewan bukan sumber utama pendapatan PBT

Paul (dua dari kiri) melihat model kawasan perumahan tersebut sambil diperhatikan Abu Bakar (dua dari kanan) dan Yuhanas Auree (kanan).
Paul (dua dari kiri) melihat model kawasan perumahan tersebut sambil diperhatikan Abu Bakar (dua dari kanan) dan Yuhanas Auree (kanan).
A
A
A

TANJUNG RAMBUTAN - Dewan orang ramai, dewan serbaguna dan arena square yang berada di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bukanlah sumber pendapatan utama kepada kerajaan tempatan itu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong berkata, terdapat banyak sumber pendapatan utama lain PBT yang lebih menguntungkan.

Katanya, Kerajaan Perak bertegas dan tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan program politik dibuat di premis kerajaan masa ada parti kerajaan mahupun pembangkang.

"Sepertimana yang sudah dijelaskan oleh menteri besar, kita hanya benarkan program-program yang ada kepentingan kepada masyarakat diadakan di dewan-dewan dan premis kerajaan.

"Program-program politik sama ada ceramah ataupun mesyuarat lebih sesuai dibuat di tempat lain yang bukan premis kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perumahan Baru Fasa 1A, Taman Tanjung Utara, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Mohd Ariff Yeop Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Paul berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang menjelaskan PBT akan kekurangan pendapatan jika tidak membenarkan premis mereka disewakan untuk tujuan politik.

Beliau berkata, arahan tersebut bukan sahaja terpakai kepada parti pembangkang sebaliknya turut perlu dipatuhi oleh parti kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua kemudahan awam termasuk dewan orang ramai perlu dimanfaatkan untuk rakyat dan bukan parti-parti tertentu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!