Insiden sesak nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang esok, bagi mengenal pasti punca sebenar insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.

Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.

"Selain tapak pelupusan haram, kita juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.

“Kita takut orang buang sesuatu di mana-mana, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan) dengan menggunakan drone dan kaedah lain,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata dijangkakan seramai 150 anggota penguat kuasa akan terbabit dalam operasi tersebut.

“Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat ‘multi gas detector’. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

13 murid, 2 wanita muntah, sesak nafas

'Hidu bau tengik sejak petang semalam'

'Kejadian kedua menimpa anak saya'

'Bau busuk macam sampah'

KKM serah agensi berkaitan siasat punca gas beracun

14 sekolah di Pasir Gudang ditutup hingga Khamis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!