Nik Nazmi santuni anak-anak Rohingya
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan kit peralatan persekolahan kepada anak-anak Rohingya di Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) Humanitarian Centre, Sri Rampai, di sini.
Nik Nazmi meluangkan masa kira-kira dua jam menyantuni 50 anak-anak Rohingya dari dua madrasah iaitu Rohingya Education Garden di Puchong dan Rohingya Learning Centre di Seri Kembangan.
Nik Nazmi disambut Pengerusi Mahar, Jismi Johari sebelum dibawa melawat pusat tersebut meninjau prasarana dan kemudahan yang disediakan dijangka dibuka kepada orang ramai apabila siap sepenuhnya nanti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!