Produk coklat negara terus dapat permintaan

Teresa melihat antara produk yang dipamerkan pada Pameran Produk Komoditi di LTAS, hari ini.
Teresa melihat antara produk yang dipamerkan pada Pameran Produk Komoditi di LTAS, hari ini.
A
A
A

KULAI - Produk coklat negara ini terus mendapat permintaan apabila nilai eksportnya meningkat sejak empat tahun lalu.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, ini berikutan pada tahun 2015 dan 2016 nilai eksport coklat masing-masing berjumlah RM470.99 juta dan RM598.09 juta.

Menurutnya, ini diikuti pada tahun 2017 nilai eksport coklat meningkat kepada RM868.80 juta dan RM1.03 bilion pada 2018.

"Malah, untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu, jumlah eksport coklat turut meningkat.

"Ia membabitkan nilai RM196.10 juta pada tahun lalu kepada RM233.42 pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pameran Produk Komoditi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTSA), di sini hari ini.

Teresa berkata, Malaysia mengeksport coklat ke-128 negara seluruh dunia membabitkan 51 syarikat tempatan negara ini.

"Antara negara terbesar yang diekport produk coklat termasuklah Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Artikel Berkaitan:

"Ini menunjukkan produk coklat negara ini sangat berpotensi untuk terus berkembang kerana rasa dan kualitinya setanding dengan produk coklat keluaran antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor koko secara khusus telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun lalu.

"Perkembangan positif ini didorong khususnya oleh pembangunan pesat industri hiliran koko.

"Malaysia juga merupakan negara pemproses biji koko yang kedua terbesar di Asia dan ketujuh di dunia dengan menguasai 22 peratus pasaran produk berasaskan koko bagi rantau Asia dan Oceania pada tahun lalu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!