Ahmad Zahid ke SPRM
PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid tiba kira-kira 9.30 pagi, sejam lebih awal daripada jadual janji temu yang ditetapkan.
Bagaimanapun, tujuan kehadiran Presiden UMNO itu tidak diketahui.
Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan pada Khamis lepas hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes 'land swap' membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!