Koperal polis minta rasuah RM4,000 direman

Anggota polis berpangkat koperal semasa dibawa anggota SPRM di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini.
Anggota polis berpangkat koperal semasa dibawa anggota SPRM di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang anggota polis berpangkat koperal direman lima hari di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM4,000.

Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Yusna Khadijah Md Yusop sebaik dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim.

Suspek yang berkhidmat di Balai Polis Sikamat, Seremban tiba di mahkamah jam 10.30 pagi dengan memakai baju dan berseluar hitam.

Suspek diwakili peguam, A Kriyshanaa.

Menurut sumber SPRM negeri, suspek dicekup di Balai Polis Sikamat jam 9.30 malam tadi dalam operasi perangkap yang dijalankan SPRM.

"Kita menerima aduan daripada pengadu memaklumkan seorang anggota polis meminta RM4,000 sebagai balasan melepaskan lima pekerja yang memiliki air ketum dan melepaskan seorang pekerja Bangladesh yang tidak memiliki dokumen perjalan sah.

"Atas aduan tersebut suspek kemudiannya berjaya ditahan dalam satu perangkap yang dilakukan," katanya.

Suspek kemudiannya direman lima hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!