14 maut, 50 cedera khemah runtuh di Rajasthan

Orang ramai menanti pihak berkuasa melakukan operasi menyelamat di bawah runtuhan. Foto: The Indian Express
Orang ramai menanti pihak berkuasa melakukan operasi menyelamat di bawah runtuhan. Foto: The Indian Express
A
A
A

RAJASTHAN - Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala lebih 50 yang lain cedera susulan hujan lebat dan angin kencang menyebabkan sebuah khemah besar runtuh di daerah Barmer, Rajasthan utara India semalam.

Laporan Hindustan Times menyebut, ketika kejadian kira-kira 300 orang sedang berkumpul di bawah khemah terbabit untuk upacara keagamaan.

Reuters melaporkan, beberapa mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dan selebihnya ditimpa khemah.

Sementara itu, Menteri Pengurusan Bencana dan Bantuan Rajasthan, Bhanwar Lal Meghwal mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak menutup bekalan kuasa memandangkan cuaca buruk ketika kejadian.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden malang terbabit di laman Twitter. - BBCRAJASTHAN - Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala lebih 50 yang lain cedera susulan hujan lebat dan angin kencang menyebabkan sebuah khemah besar runtuh di daerah Barmer, Rajasthan utara India semalam.

Laporan Hindustan Times menyebut, ketika kejadian kira-kira 300 orang sedang berkumpul di bawah khemah terbabit untuk upacara keagamaan.

Reuters melaporkan, beberapa mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dan selebihnya ditimpa khemah.

Sementara itu, Menteri Pengurusan Bencana dan Bantuan Rajasthan, Bhanwar Lal Meghwal mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak menutup bekalan kuasa memandangkan cuaca buruk ketika kejadian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden malang terbabit di laman Twitter. - BBC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!