'Rumah sarang walit bukan punca chikungunya'

Chin Lai (kiri) dan Shou Kang menunjukkan rumah burung walit diusahakan yang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Chin Lai (kiri) dan Shou Kang menunjukkan rumah burung walit diusahakan yang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
A
A
A

ALOR SETAR - Pengusaha rumah sarang walit di deretan kedai berdekatan City Plaza, di sini, menafikan aktiviti diusahakan mereka menjadi punca wabak penyakit chikungunya.

Pengusaha, Chew Chin Lai, 44, berkata, mereka menerima makluman ada pihak menuduh rumah sarang burung walit diusahakan menjadi punca penyakit itu.

Katanya, mereka menjaga rumah sarang burung walit sebaik mungkin tidak kira dari segi kebersihan ataupun pengawalan serangga dan tikus demi menjaga kualiti produk.

"Jadi, takkanlah kami yang menjadi punca memandangkan kami sentiasa menjaga rumah sarang burung walit demi memastikan kualiti sarang tidak terjejas.

Shou Kang menafikan rumah sarang burung walit diusahakan menjadi punca penyebaran penyakit chikungunya.
Shou Kang menafikan rumah sarang burung walit diusahakan menjadi punca penyebaran penyakit chikungunya.

"Malah, kami juga tidak memiliki tempat takungan air untuk menjadi sarang pembiakan nyamuk," katanya dalam satu sidang media berhampiran deretan kedai di Jalan Tunku Ibrahim, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 disahkan positif chikungunya

Untuk itu, Chin Lai berkata, mereka juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan pemeriksaan di premis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Teoh Shou Khang, 38, berkata, mereka bukanlah ingin menuduh mahupun menyalahkan mana-mana pihak berkaitan kejadian yang berlaku.

"Kami hanya ingin beri penerangan rumah sarang burung walit diusahakan bukanlah punca penyakit semata-mata, sekali gus menjelaskan salah faham timbul," katanya.

Shou Kang berkata, mereka juga ada lesen berkaitan dan mengusahakan rumah sarang burung walit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Jamil
Jamil

Sementara itu, pengusaha D'Samsiah Sidik Nasi Padang, Jamil Ahmad, 56, berkata, kedainya turut terkesan akibat penularan berita tidak benar di laman sosial Facebook berkaitan penyakit chikungunya itu.

Menurutnya, ada mesej tersebar mengatakan bahawa kedainya mungkin antara punca wabak dan dirinya serta isteri terkena penyakit chikungunya, sekali gus orang ramai tidak seharusnya mendekati kedai mereka.

"Akibat penyebaran berita tidak benar itu, ada pelanggan was-was hendak masuk ke kedai makan, jadi perniagaan sedikit sebanyak terjejas kerana orang kurang datang akibat takut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia ingin menafikan bahawa kedai adalah punca penyebaran penyakit chikungunya, malah dia dan isteri juga tidak terkena penyakit seperti ditularkan.

Semalam Sinar Harian melaporkan 15 individu yang tinggal di deretan rumah kedai berdekatan City Plaza, di sini disyaki mengidap penyakit chikungunya selepas mempunyai tanda-tanda demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Setar yang tidak menerima sebarang maklumat berkaitan kes itu telah menjalankan siasatan segera selepas kes itu tular di media sosial pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!