10 ditahan terlibat judi loteri awam haram

Beberapa peralatan termasuk wang tunai dirampas dalam serbuan semalam.
Beberapa peralatan termasuk wang tunai dirampas dalam serbuan semalam.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seramai 10 individu termasuk dua wanita tempatan ditahan selepas polis menyerbu beberapa premis yang menjalankan judi loteri awam haram dan judi dalam talian di Seberang Perai Utara (SPU) semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 36 hingga 59 tahun dalam Ops Dadu Khas yang dijalankan pada 10 pagi hingga 7 malam.

Menurutnya, polis menyerbu 10 premis di lokasi berbeza yang disyaki menjalankan judi loteri awam haram dan judi dalam talian online di Kepala Batas, Butterworth dan Mak Mandin.

"Dalam kesemua serbuan itu, polis merampas lima telefon bimbit, tiga pencetak mini mudah alih, 19 keping kertas putih bercetak angka, sebuah kalkulator dan wang tunai RM832.

"Kesemua barang rampasan itu akan dihantar ke pakar judi yang dilantik untuk dianalisa. Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!