SPRM diminta siasat isu pengurusan sisa NUF di kilang Lynas

Chean Chung ( tengah) bersama penduduk dan NGO Lynas yang tampil membuat laporan di pejabat SPRM di Indera Mahkota hari ini.
Chean Chung ( tengah) bersama penduduk dan NGO Lynas yang tampil membuat laporan di pejabat SPRM di Indera Mahkota hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan salah guna kuasa membabitkan pengurusan sisa bahan buangan terjadual Gypsum Magnesium (NUF) di kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, dakwaan itu dengan mengambil kira simpanan NUF yang didakwa melebihi jumlah ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) apabila data yang diperoleh sehingga Disember tahun lalu menunjukkan 1.1 juta tan NUF terdampar di tapak di kilang itu selama lebih lima tahun.

"Mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Peraturan 9 (5): Pelupusan Buangan Terjadual (Buangan Terjadual) 2005 (Peraturan berkenaan), kuantiti bahan buangan dijadualkan yang dikumpulkan tidak dibenarkan melebihi 20 tan metrik dan lebih selamat 180 hari atau kurang.

“Ketidakpatuhan arahan itu satu kesalahan, NUF adalah buangan terjadual yang terkawal di bawah peraturan berkenaan," katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun peraturan itu memberikan kuasa kepada ketua pengarah atas suatu permohonan untuk membenarkan pelupusan penyimpanan yang dijangkakan melebihi 20 tan metrik namun membenarkan penstoran sehingga 1.113 juta tan, iaitu jumlah melebihi had sebanyak 55,000 kali ganda adalah tidak wajar dan jelas melebihi kuasa ketua pengarah untuk membenarkan.

Dalam pada itu, Chean Chung berkata, pihaknya melihat terdapat kelemahan dalam perkara itu dan Lynas juga beberapa kali diberikan tempoh lanjutan penstoran bahan terjadual berkenaan.

"Tentang pengurusan sisa NUF itu, kita lihat seakan ada kelemahan dan kita mahu SPRM siasat jika wujud salah guna kuasa berhubung perkara itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!