Scomi, Prasarana menteri perjanjian KL Monorail

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh tidak langsung Scomi Group Bhd, Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP), dan Prasarana Malaysia Bhd milik kerajaan, baru-baru ini

menandatangani perjanjian (penyelesaian) bagi mereka bentuk, melaksana, menyiapkan dan menyerahkan tujuh kenderaan perkhidmatan empat gerabak dan sistemnya bagi Monorel Kuala Lumpur bernilai RM122 juta.

Prasarana, syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), ialah pemilik aset Monorel Kuala Lumpur di Lembah Klang.

Scomi berkata perjanjian penyelesaian itu adalah bersyarat selepas penyerahan sijil terima oleh Prasarana setelah tamat tempoh pemantauan dan penyempurnaan kerja pemulihan yang diperlukan untuk mengoperasikan lima kenderaan monorel empat gerabak utuk menjana pendapatan.

Ini berdasarkan perjanjian penyelesaian, yang perlu dipenuhi pada 13 Mei 2020 atau tarikh lain yang dipersetujui oleh Prasarana dan STP, yang jika tidak, perjanjian penyelesaian akan luput dan tidak lagi memberi kesan seterusnya.

"Kerja-kerja itu akan diselesaikan dalam tempoh 18 bulan dari terbitan notis yang akan diteruskan oleh Prasarana," kata Scomi dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perjanjian penyelesaian itu tidak akan memberi kesan material ke atas pendapatan sesaham Scomi dan aset bersih sesaham.

Tiada kesan ke atas nisbah hutang Scomi memandangkan tiada pinjaman bank dijangka diatur untuk perjanjian penyelesaian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!