SPR ubah pusat penamaan, penjumlahan undi

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah lokasi pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah akan digunakan untuk tujuan itu, menggantikan Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

"Perubahan ini dilakukan setelah mengambil kira faktor keselesaan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam PRK ini," katanya.

Hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Cameron Highlands ditetapkan pada 12 Januari 2019, manakala hari mengundi awal pada 22 Januari dan hari mengundi pada 26 Januari.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk C Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan itu adalah terbatal dan tidak sah berikutan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!