Tahan sakit 10 minit, kaki tersepit di pengayuh basikal

Budak lelaki menahan sakit lebih 10 minit sebelum bomba berjaya mengeluarkan kakinya tersepit antara pengayuh dan besi basikal. FOTO FACEBOOK BBP SUNGAI BULOH
Budak lelaki menahan sakit lebih 10 minit sebelum bomba berjaya mengeluarkan kakinya tersepit antara pengayuh dan besi basikal. FOTO FACEBOOK BBP SUNGAI BULOH
A
A
A

SUBANG - Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit lebih 10 minit apabila kakinya tersepit di pengayuh basikal dalam kejadian di Pangspuri Teratai Taman Bukit Subang Seksyen U16 di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit antara pengayuh dan besi rangka basikal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Anggota bomba mengeluarkan kaki mangsa menggunakan mesin pemotong hidraulik. FOTO: IHSAN JBPM SELANGOR
Anggota bomba mengeluarkan kaki mangsa menggunakan mesin pemotong hidraulik. FOTO: IHSAN JBPM SELANGOR

"Sebaik tiba anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dapati kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tersepit di bahagian pengayuh basikal.

"Anggota bomba terpaksa mengeluarkan kaki mangsa menggunakan mesin pemotong hidraulik. Mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!