Tunjukkan muka yang manis apabila bertemu seseorang
APABILA menghadiri sesi temuduga dan berjumpa panel penemuduga, secara automatik kita akan mengekspresikan roman muka yang manis lagi berseri.
Namun, momen itu amat jarang sekali apabila kita bertemu dengan kenalan atau saudara seagama kita kecuali yang rapat sahaja.
Meskipun kelihatan remeh, namun tiada salahnya jika kita menghadiahkan senyuman kepada mereka.
Bahkan, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu." (Riwayat Muslim)
Jelas betapa Islam itu begitu mengambil berat tentang hal kebaikan walau sekecil manapun amalan kebajikan yang dilakukan kerana ia akan dikurniakan ganjaran daripada ALLAH SWT.
Sebagai hamba-Nya, jangan sesekali kita memandang enteng perkara-perkara kebaikan walaupun sekadar senyum ketika bertemu dengan kawan-kawan atau saudara-saudara seagama.
Sesungguhnya, senyuman itu akan mendapat balasan pahala.
Malah, ia juga boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.
(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!