Makanan untuk singkirkan stres
PENGAMBILAN makanan yang seimbang dapat menghindari faktor stres.
Tahukah anda apabila kita stres ia boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu mood, mengurangkan tumpuan dan boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.
Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid makanan.
Makanan membantu mengurangkan stres:
2. Labu merah dan jambu batu
Buah yang kaya dengan khasiat vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
3. Ikan
Ikan salmon,ikan mackerel, patin dan haruan antara sumbur makanan yang tinggi dengan omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
Amat kaya dengan magnesium membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
5. Sumber kekacang
Kacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya dengan vitamin B2, E, magnesium serta zink.
- Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan.
- Zink komponen yang diperlukan dalam melawan stres.
- Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber: Myhealth
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!