Terima kasih kerajaan: Peneroka Felda

Felda
Felda
A
A
A

SHAH ALAM - Peneroka Felda berharap kerajaan dapat menyuntik dana secara berperingkat untuk tahun hadapan sehingga Felda dapat menyelesaikan segala isu yang timbul.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata pihaknya berterima kasih kepada usaha kerajaan yang menyuntik dana RM77 juta kepada Felda.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyuntik dana bagi tahun 2018 untuk menyelesaikan bayaran sara hidup, peneroka yang tanam semula dan bayaran pendahuluan hasil yang tidak dapat dibayar mengikut tempoh telah ditetapkan.

“Harap untuk 2019 kerajaan dapat menyuntik lagi secara berperingkat sehingga pihak Felda dapat menyelesaikan segala harta yang dalam proses pajakan dan penjualan atau pun sehingga pelan transformasi Felda terlaksana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM77 juta untuk membantu peneroka Felda melunaskan bayaran tertunggak bagi tahun ini.

Difahamkan dana tersebut bagi melunaskan bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta, tunggakan RM43 juta kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran sara hidup serta pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk 38,000 peneroka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!