Perak anjur seminar bantu pengusaha pelancongan

Kar Hing (tengah) pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Kar Hing (tengah) pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kebanyakan maklumat tidak sampai kepada pengusaha pelancongan merupakan antara faktor mengapa ramai golongan ini tidak menyedari terdapat pelbagai jenis bantuan disediakan kerajaan dalam memajukan industri itu.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, menyedari masalah yang dihadapi kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganjurkan sebuah seminar bulan hadapan.

"Seminar peluang perniagaan pelancongan Perak ini bakal diadakan pada 6 Julai ini di Hotel Syuen, Ipoh dan kami menjangkakan lebih 400 pengusaha pelancongan di negeri ini akan menyertai seminar disediakan kami.

"Ini kerana kerajaan negeri menyedari ramai rakyat di Perak minat menjalankan perniagaan produk pelancongan namun kebanyakan mereka kurang pengetahuan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan dana," katanya kepada pemberita pada satu sidang media sempena seminar berkenaan di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Kar Hing, seminar berkenaan dianjurkan bagi mendekatkan agensi kerajaan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam sektor pelancongan dengan penggiat industri.

"Selain itu, badan-badan dan institusi kewangan juga turut terlibat di dalam seminar ini bagi menerangkan serta memberikan maklumat mengenai khidmat bantuan yang disediakan dari aspek kewangan dan sebagainya.

"Saya berharap pengusaha pelancongan serta mereka yang berminat untuk mengusahakan produk pelancongan boleh hadir pada seminar ini kerana ia percuma dan membantu menambahkan pengetahuan anda mengenai industri pelancongan di Perak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!