Israel sekat penghantaran bahan api ke Gaza
TEL AVIV - Israel hari ini bertindak menyekat penghantaran bahan api ke Semenanjung Gaza melalui Karem Shalom.
Langkah itu kononnya sebagai membendung serangan belon berapi yang didakwa diterbangkan dari kawasan Palestin ke wilayah didudukinya.
Kementerian pertahanan Israel dalam satu kenyataan berkata, pelepasan belon berapi itu menyebabkan kebakaran di sepanjang sempadan.
Kerem Shalom satu-satunya pintu sempadan untuk membawa masuk barangan dari dunia luar ke Gaza.
Tambah kementerian, arahan itu berkuatkuasa semalam sehingga ke suatu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.
Penghantaran bahan api ke Gaza diselia oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan dibiayai oleh Qatar.
Ia dipersetujui pada akhir 2018 sebagai sebahagian daripada perjanjian damai antara Israel dan pemimpin Hamas.
Bagaimanapun, rejim Zionis masih meneruskan pelbagai sekatan ke atas Gaza sejak lebih sedekad lalu. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!