Shiha Zikir nak bagi ganjaran tunai RM1000
PENYANYI, Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali Shiha Zikir, mengajak para peminatnya untuk melakukan aktiviti sihat.
Kata Shiha, 31, mereka yang berjaya dengan program cabaran anjuran Shiha itu, akan diberikan ganjaran wang tunai.
"Szfitness.official di Instagram itu saya buat sebab nak kongsikan rutin fitness saya.
"Keduanya, saya akan buatkan cabaran enam minggu mengajak kesemua pengikut dan peminat saya ke arah kehidupan yang lebih sihat.
"Diakhir cabaran itu nanti, saya akan berikan ganjaran tunai sebanyak RM1,000 kepada mereka yang berjaya menurunkan berat badan yang ideal dalam tempoh yang dikehendaki.
"Tapi buat masa ini, ganjaran serendah itu akan diberikan kepada seorang pemenang sahaja setakat ini, mungking akan bertambah lagi. Tengok macam mana," ujarnya kpeada Sinar Harian ketika ditemui pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut penyanyi Jagakan Dia dan Pipiyama itu, dulu dia selalu mengajak para peminatnya bersenam di taman rekreasi KLCC. Namun disebabkan kekangan waktu, Shiha sudah tidak berbuat demikian.
"Bila dah lama tak buat, saya ambil pendekatan dengan cara macam ini sahaja lah," kata Shiha cabaran itu sebagai salah satu cara untuk menghargai peminatnya.
Mengenai penglibatan Shiha pada program komedi terbaharu Astro itu, Shiha bersama kumpulannya, Sharif Zero dan Chiwan Chilok sebagai Voices bertanding bersama 13 kumpulan lain bermula 28 Jun 2019 ini dan akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Jumaat jam 9 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!