Ainul, buah hati rakyat Malaysia

Gambar terbaru Ainul Mardhiah dikongsikan bapanya dalam laman Facebook.
Gambar terbaru Ainul Mardhiah dikongsikan bapanya dalam laman Facebook.
A
A
A
LONDON - “Kami kira, Ainul (Mardhiah) ini dah menjadi buah hati rakyat Malaysia,” kata bapa bayi istimewa tersebut, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Beliau memuat naik status berkenaan bagi menjawab soalan daripada warganet berhubung keadaan anak sulungnya itu yang dirangkumkan dalam satu status ekoran semua soalan ditanya hampir sama.

Menjawab soalan bolehkah sekiranya waraganet menyimpan gambar dan video anaknya itu, Ahmad Safiuddin menyatakan mereka tidak mampu menghalangnya apatah lagi dia sendiri yang memuat naik video dan gambar Ainul Mardhiah.

“Cuma kami minta orang ramai tidak menyalah guna gambar anak kami untuk perkara-perkara yang tidak elok.

“Sebaiknya, jika tengok gambar dan video Ainul, sedekahkan al-Fatihah buat dirinya, mudah-mudahan ALLAH berikan kebaikan buat Ainul dan kita semua. Insha-ALLAH,” tulisnya.

Dalam status tersebut, Ahmad Safiuddin turut menjawab beberapa soalan lain dan berkongsikan keadaan semasa anaknya itu yang kini semakin baik.

“Ainul sihat, Alhamdulillah. Semakin aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut. Lepas tu disebabkan Ainul ini jari dia panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia sendiri terbatuk sebab jari hampir ke tekak. Selepas itu, dia menangis.

“Sendiri buat, sendiri menangis. Lepas tu dia buat lagi. Alahai anak! Kaki dan tangan pun dah mula aktif. Dah pandai tak mahu tidur juga ainul sekarang ni!

“Lain-lain keadaanya juga bertambah baik, berat pun semakin meningkat dan tubuh badannya bertambah panjang,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Ketika ditanya bilakah mereka akan pulang ke Malaysia, Ahmad Safiuddin masih belum dapat menetapkan tarikh tepat untuk mereka berangkat ke tanah air.

“Bila ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, Insha-ALLAH kami akan pulang ke Malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti,” katanya.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital, di sini.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!