Ngeri! petani jadi santapan sang bedal

Penduduk kampung membelah perut buaya yang membaham seorang petani di Siak, Riau.
Penduduk kampung membelah perut buaya yang membaham seorang petani di Siak, Riau.
A
A
A

PEKANBARU - Kehilangan misteri seorang petani di barat laut Indonesia akhirnya terjawab apabila lelaki tersebut sebenarnya mati dibaham buaya.

Kejadian ngeri itu berlaku di Siak, Riau pada Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Wartoyo dikatakan gagal pulang ke rumah dan penduduk kampung mula mencari mangsa di sekitar Sungai Lakar, lokasi kali terakhir dia dilihat.

Semasa mencari mangsa, beberapa penduduk terserempak dengan seekor buaya sedang berehat di tebing sungai dengan beberapa cebisan tubuh manusia berada di sisi reptilia tersebut.

"Apa yang dibimbangi penduduk menjadi kenyataan. Selepas perut haiwan itu dibelah, penduduk menemui cebisan kaki mangsa," kata ketua kampung, Wahyudi.

Serangan buaya di Riau amat jarang berlaku dan Wahyudi percaya insiden itu terjadi kerana penduduk tempatan melanggar pantang larang tradisional semasa berada di habitat reptilia tersebut.

Tahun lalu, Indonesia mencatatkan dua kes kematian melibatkan serangan buaya di republik itu.

Pada 2016, seorang pelancong Rusia menemui ajal ketika sedang bercuti di negara tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!