Bangunan runtuh: Mayat warga Myanmar ditemui
BATU FERRINGHI - Mayat dua buruh binaan yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah pusat peranginan di sini telah ditemui.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang yang ditemui dilokasi kejadian sebentar tadi.
Menurutnya, mayat pertama ditemui kira-kira jam 11.20 malam manakala mayat kedua ditemui pada jam 12 tengah malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Empat buruh binaan tertimbus
Sementara itu Exco Kerja Raya, Tebatan Banjir dan Utiliti negeri, Zairil Khir Johari berkata, empat warganegara Myanmar tertimbus sedang melakukan kerja-kerja membaiki tembok penahan tanah di dalam perkarangan pusat peranginan terbabit.
“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membina tembok penahan berkenaan, sebelum struktur itu runtuh. Kini, pihak JBPM Pulau Pinang dan APM negeri sedang giat mencari mangsa secara manual," katanya ringkas dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!