Gara-gara campak baju pada lilin...
AKTRES berdarah kacukan, Maya Karin mendapat pengajaran besar untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Cerita Maya menerusi akaun Instagram miliknya, dia mengingatkan diri sendiri untuk tidak lagi mencampak baju pada lilin.
“Sekali tu saya ada buat kerja sebagai pengacara majlis. Saya perlu tukar baju dengan cepat di bilik persalinan.
“Pihak penganjur pula hias bilik secantiknya dengan meletakkan bunga dan lilin dalam bilik itu. Apabila habis kerja nak tukar baju balik macam ini keadaannya,” tulisnya.
Maya turut berkongsi gambar bilik berasap dengan seluar jeans dan bajunya yang hampir musnah terbakar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!