Amalkan jamu kunyit untuk badan kekal ramping
KUNYIT mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan kita. Jika diminum atau dimakan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi, bagi membolehkan ia diminum, kunyit perlu diadun bersama bahan-bahan lain bagi menghasilkan jamu kunyit. Bila-bila masa sahaja boleh diminum.
Ia sebenarnya sering diamalkan oleh wanita dari tanah Jawa untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran termasuk merampingkan badan. Apa kata anda cuba jamu ini untuk melihat sendiri keberkesanannya.
Bahan-bahan:
1 ketul ibu kunyit
1 ketul halia
3 biji manjakani
1 ketul kecil garam kasar
1/4 gula Melaka
1 sudu asam Jawa
4 cawan air
Cara-caranya:
1) Kupas kulit kemudian hiris kunyit dan halia
2) Rebus kunyit, halia dan buah manjakani bersama dua cawan air hingga mendidih
3) Biarkan sejuk, kemudian kisar hingga halus dan tapis
4) Bancuh asam jawa dan campur bersama air tapisan bahan rebusan tadi.
5) Tambah gula melaka dan garam.
6) Rebus semula hingga kuantitinya sedikit berkurangan.
7) Tunggu suam sebelum diminum.
Ingat bakinya boleh disimpan dalam peti sejuk atau dipanaskan semula.
Sebaiknya, minum 1/2 gelas hanya 3 hari pada waktu pagi selepas habis period.
Jika disimpan dalam peti ais jangan lebih seminggu ya!
Sumber: namakucell.blogspot.com
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!