Oranje 'ayamkan' Perancis
Pemain Belanda meraikan jaringan pertama Wijnaldum.
A
A
A
Koeman berkata, kemenangan itu bukan sahaja membuka peluang untuk skuad Oranje mara ke separuh akhir bahkan aksi memukau pemainnya mendominasi keseluruhan perlawanan turut mencuri tumpuan.
"Saya tak sangka kami akan jadi pasukan yang lebih baik. Dengan 12 percubaan tepat dalam perlawanan ini, berbanding dua yang dicatat Perancis ianya sungguh mengagumkan!
"Kami kini sudah mengutip enam mata dan berpeluang untuk menang. Tiada siapa menjangkakan perkara itu, termasuk saya.
"Saya bangga dengan aksi matang yang ditunjukkan pemain dan percaya ini akan jadi tapak untuk kami jadi lebih baik di masa akan datang," katanya.
Dalam perlawanan itu, Georginio Wijnaldum membuka tirai gol buat Oranje di minit ke-44, sebelum Memphis Depay menambah satu lagi gol di masa kecederaan untuk memastikan kemenangan selesa pasukan sekali gus mencerahkan peluang ke separuh akhir berbaki satu lagi perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!