KPDNHEP NS rekod nilai sitaan RM1.3 juta

Ain Arjuna (belakang dua kiri) ketika meraikan tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan KPDNHEP hari ini.
Ain Arjuna (belakang dua kiri) ketika meraikan tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan KPDNHEP hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan komited menjaga kepentingan dan memastikan hak pengguna terjamin.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, usaha itu termasuk membanteras sindiket barang tiruan, penyelewengan barang bersubsidi dan memastikan harga barangan terkawal dalam keadaan stabil.

"Bermula Januari hingga Jun, kami membuat pemeriksaan terhadap 12,989 premis dan daripada jumlah itu, 362 kes dikeluarkan.

"Hasil tindakan tegas bahagian penguatkuasaan, sebanyak RM1,288 001.27 sitaan dan daripada jumlah itu, sebanyak RM64,550 kompaun dikeluarkan terhadap 265 peniaga yang melanggar peruntukan akta yang dikuatkuasa kementerian," katanya kepada media pada Majlis Jamuan Hari Raya KPDNHEP di sini hari ini.

Katanya, kejayaan terbesar KPDNHEP negeri ini berjaya melumpuhkan sindiket barangan tiruan dengan barang rampasan sebanyak RM1.1 juta selain pesalah kes Akta Perlindungan Pengguna dijatuhkan hukuman penjara 53 tahun atas kesalahan penipuan gores dan menang.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2019, Ain Arjuna berkata, ianya mencatatkan 17 kes atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang dikesan gagal menggunakan tanda harga merah jambu, menjual barang terkawal lebih daripada harga maksimum hasil pemeriksaan ke atas 3,581 premis sepanjang SHMMP dikuatkuasakan melibatkan jumlah kompaun RM3,900," katanya.

Ain Arjuna berkata, bagaimana pun pihaknya menegaskan setiap peniaga hendaklah mematuhi segala undang undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP agar mereka dapat bersaing dengan sihat dan hak-hak pengguna terjaga.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga mengalukan aduan berkenaan dengan menyalurkan kepada Pejabat KPDNHEP negeri, cawangan atau melalui saluran yang disediakan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!