Hakim kena tumbuk, sepakan ala kung fu di luar mahkamah

No Image Caption
A
A
A

SANTIAGO - CHILE. Sekumpulan penunjuk perasaan bertindak menyerang Presiden Mahkamah Konstitusi Chile, Ivan Arostica selepas sesi pendengaran awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap defendan yang melakukan penculikan dan pembunuhan semasa era diktator mendiang Augusto Pinochet.

Akibat serangan itu, Arostica tersungkur di atas jalan dan bahagian pipi kirinya bengkak akibat ditumbuk lelaki tidak dikenali.

Selain ditumbuk, Arostica juga diterajang dan dibaling botol oleh kumpulan terbabit.

Penunjuk perasaan terbabit dipercayai anggota sebuah organisasi hak asasi manusia dan kenalan rapat kepada keluarga mangsa pembunuhan semasa era pemerintahan Pinochet yang berkuasa dari 1973 hingga 1990.

Difahamkan, penunjuk perasaan bimbang pesalah yang ditahan di penjara Punta Peuco diberikan hak mendapatkan parol atau pengampunan.

Lebih 40,000 orang terbunuh atau hilang tanpa jejak sepanjang Pinochet memerintah Chile. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!