Artis Indonesia dipenjara lima bulan

Vanessa Angel - Foto CNN Indonesia
Vanessa Angel - Foto CNN Indonesia
A
A
A

ARTIS Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara online membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (kira-kira RM24,000) untuk sekali layanan.

Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, petang ini, memetik laporan agensi berita Antara.

Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari lepas.

Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!