Siling Plaza Tol Rawang Selatan diterbangkan ribut
KUALA LUMPUR - Siling Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala Lebuhraya Guthrie di sini, diterbangkan ribut berikutan hujan lebat hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Samsor Maarof berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 4.30 petang tadi dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
“Kawasan yang terjejas adalah di lorong Touch N’ Go dan di lorong Smart Tag.
“Walaupun berlaku runtuhan di plaza tol itu, aliran trafik bergerak perlahan dan terkawal serta tiada sebarang laporan polis yang dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, ketika ini pihak PLUS sedang membersih dan mengalihkan serpihan siling yang runtuh di kawasan terjejas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!